Thursday, March 27, 2014

Twisted

Assalamualaikum

Yeah, its like two posts in a day. Macam tak ada kerja. But im having a thought of posting so why should delay plus im in the mood to post. bla bla bla. okay. its not that important but i have some sort of words to share so here it is.

Okay.

ookay.



Inhale.......



Exhale..................


Its hard actually.


semacam ini. sebenarnye apa yang saya nak kongsikan mungkin menjadi satu tanggapan kurang senang kepada sesetengah individu tetapi percayalah bahawasanya, ini adalah benar. Saya selalu ingin menjadi seperti orang lain yang mana setiap kali jika saya melihat mereka, kehidupan mereka sungguh alive. mereka seperti iconic dan menjadi pujaan ramai. plus being a public figure and muka cantik, badan slim, attire from top to toe semua bombastic, i am totally envy! 


tetapi...........



tetapi...........................



setiap perkara yang saya katakan tadi tentang menjadi icon, akan disangkal dengan pelbagai alasan yang sangat munasabah bagi saya sendiri.


Saya xnak menjadi icon sebab become the middle of attention akan buat saya tak selesa di kemudian hari. saya tak nak keluar dalam blog orang lain, saya tak nak diperkatakan baik atau buruk, saya tak nak diperhatikan, saya tak nak menjadi reference kepada orang sebab saya tak yakin/confident sebab saya tak ada kualiti tinggi yang harus ditonjolkan atau menjadi rujukan (you should ask my parents testimony, owh i have bad records, too many of em)


Muka saya tak berapa harus dibanggakan melainkan pakai make up. okay boleh naik satu stage lagi untuk menjadi okay, tapi saya tak nak pakai make up all the time sebab kulit saya sangat sensitif. saya tak banyak duit untuk beli barang make up. (ohh tapi kalau dah popular, selalu kene sponsor untuk promote products). 


Badan saya tak lagi slim seperti dulu. kalau dulu 47 kg, kini boleh tambah lagi 10 ye. owhh sangat memilukan. tapi dalam diam saya nak kuruskan badan sebab bile pakai baju besar sangat selesa. sangat berangin dan saya tak perlu risau takut baju ketat.


Baju saya tak penuh satu rak. Balik balik ulang baju yang sama kalau keluar kenduri, shopping. cuma mungkin tudung lain. saya banyak koleksi tudung. tapi persoalan lain juga, saya tak akan keluar dengan berhelai-helai baju di badan hanya untuk pergi ke kedai makan, attend ceremony ataupun pergi mall. saya tak gemar beraksesori dari atas ke bawah. that is so not me. ibarat saya perlu habiskan satu botol sabun dynamo atau top dalam masa tak sampai sebulan. bayangkan pula dengan pelembut downy? akan habis kurang seminggu dengan botol kecik tu. saya tak sanggup berkorban untuk kekal trendy ke mana-mana. itu sangat bukan saya.



dan akhirnya..



akhirnya...




saya kekal dalam keadaan ini. saya fikirkan, saya harus menjadi saya dan ubah untuk jadi apa yang Dia mahu. Dia mahukan kesederhanaan dalam setiap pekerjaan atau perbuatan. Dia mahukan wanita bukan menjadi sebagai 'center of attention' kerana wanita itu aurat. hanya tapak tangan dan muka sahaja yang boleh diperlihatkan. 


bagi saya menutup aurat itu seksi. sangat seksi. (definisi saya).


bila saya lihat diri saya sebelum saya berkahwin, saya geleng kepala. -___- tak tahu apa yang ada dalam fikiran waktu itu. tak tahu ape yang saya fikirkan. namun, saya syukur. sekurang-kurangnya saya sedar dan hidayah Allah telah sampai pada saya. saya mengharapkan agar hidayah itu sentiasa dikurniakan kepada saya supaya saya sentiasa beringat bahawa saya dan hambanya yang lain adalah manusia yang hina dan masih jauh lagi dari mendekatiNya. 

ujian itu banyak. 


terlalu banyak sehingga saya terduduk menangis kerana leka dan lupa. Tapi yang membuat saya lebih sedih, kerana Dia sentiasa ada dalam setiap kesusahan. dan apabila saya merayu dalam keadaan yang paling teruk saya alami, Dia mendengar dan suka dengan setiap rayuan. Mintalah apa sahaja kebaikan, inshaAllah diperkenankan. Cumanya masa. Dia tahu bila mahu diberi, dan Dia tahu apa yang terbaik untuk kita semua.


saya tahu masa saya dan yang lain tidak lama. 


entah saya rasakan kiamat itu semakin hampir. Wallahualam.

dengan apa yang terjadi sekarang, cukup buat saya khuatir, ada lagi kesempatan untuk saya mencukupkan amalan saya?



hanya Dia Maha Mengetahui.

Semoga kita semua mendapat hidayahNya. Tidak pernah terlambat untuk kita memohon keampunan dariNya.

Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi.


Assalamualaikum..


KTM Batu Gajah, Perak. waiting for my husband to arrive.

dah pandai minum air pelik. pandan layer tea // chocolate bubble

i love him till the end of my life

saya // husband




No comments: