Sunday, October 20, 2013

the difference

Salam.
 
Sorry, tajuk je english, but yang lain in entry semua dalam bahasa melayu. saya tak konfiden lagi nak letak kesemuanya dalam english sebab my english is bad. entry kali ni tentang perbezaan. contoh yang paling senang  ialah tentang perkahwinan.
 
kenape dengan perkahwinan?
 
 
sekarang macam-macam cara meraikan pasangan berkahwin. meraikan di hotel, di dewan, rumah agam, rumah dan ade di sekolah. tak kira mana-mana tempat pun, tujuaannye meraikan pasangan yang baru bernikah. tapi di sebalik meraikan pasangan, timbul satu persoalan dalam fikiran saya? sebagai contohnya, berapa kos perbelanjaan untuk meraikan pengantin? sejauh manakah perkahwinan yang diraikan itu berada dalam landasan yang dianjurkan Islam? apa yang digalakkan dalam Islam untuk meraikan pengantin? semuanya bersederhana.
 
 
Sekarang ni pun kalau boleh semuanya nak nampak meriah, paling terbaik untuk sesebuah perkahwinan. Tak lama lagi pun saya akan berada dalam situasi yang sama. berkahwin dan diraikan. Tapi takut sangat kalau banyak pembaziran dilakukan. memang kita  nak buat yang terbaik, namun ade hadnya kan? kalau boleh ape yang dilangsungkan nanti cukuplah bersyarat. nak biarkan orang lain berkata-kata tidak enak? tak apa, yang penting kita ikhlas membuat majlis untuk meraikan pengantin dan meraikan mereka yang sudi hadir.
 
 
 
Sekarang  ni, kalau boleh ape yang ade je yang terbaik. tak nak menunjukkan perbezaan sgt dengan orang yang susah menyambut perkahwinan. bagi orang yang tak berkemampuan, mereka masih meraikan tapi dalam keadaan yang sangat minimal dan sederhana. Shukur alhamdulillah, itu lebih barakah. tapi macam mana dengan majlis saya nanti? dah fikir berkali kali nak buat yang macam dlu atau buat pembaharuan!
 
 
Wallahualam.


Long-big fingers;
F.H

No comments: