Thursday, November 21, 2013

Appreciate

Assalamualaikum.
 
Just read the article of Ahmad Ammar Ahmad Azam. Bile bace, mengalir air mata. Semoga dia ditempatkan bersama sama sahabat nabi yang lain. Di makamkan di Tanah Perkuburan Eyub Sultan yang menempatkan lebih kurang 60 sahabat nabi termasuk Abu Ayyub Al Ansari atau nama sebenarnya Khalid bin Zaid bin Kulaib. Nabi Muhammad S.A.W pernah tinggal di rumah Abu Ayyub Al Ansari sewaktu penghijrahan nabi di sebabkan unta baginda yang memilih rumah Abu Ayyub ni..
 
Semoga roh arwah dicucuri rahmat. Kalau tengok video Ahmad Ammar dalam kenangan boleh nampak dalam part yang terakhir dimana orang-orang Turki menangis sewaktu dibacakan khutbah mengenai Ahmad Ammar yang meninggal dunia pada 1 Muharam. Alangkah indahnya kematian Ahmad Ammar dan dimakamkan di sisi meraka yang mulia.. MashaAllah.
 
 
Kita di sini seharusnya lebih mengambil iktibar dengan peristiwa macam ni, dalam masa yang sama menghargai setiap saat kita masih bernyawa di muka Bumi ini. setiap saat kita hidup, kita seharusnya bersyukur kerana Allah masih memberi peluang kepada kita untuk mendekatkan diri kita padaNya. dalam apa jua perkara dan keadaan yang kita lakukan, niatlah kerana Allah. inshaAllah, perkara baik yang kita usahakan kerana Allah akan dilipat gandakan pahalanya oleh Allah. kalau kita dapat syahid seperti Ahmad Ammar, lebih besar ganjarannya oleh Allah. kita yang di sini, lebih bersenang senang dengan keselesaan yang kita ada, tidak keluar dari kelompok kesenangan dan lebih enak untuk menjadi selesa. lebih baik kiranya, kita keluar dri zon selesa dan cube berhijrah melakukan sesuatu untuk agama dan Allah kiranya.
 
Semoga perkara baik yang kita lakukan hari ini dapat mengubah kita menjadi lebih baik pada hari akan datang. InshaAllah. Amin

No comments: