Friday, November 28, 2014

Masihkah ada cinta?

Assalamualaikum..

tibe-tibe ade mood nak blogging time tengah sarat macam ni. hahaha. dah lama menetap di melaka sejak dua minggu lepas due to early contraction. nasib baik cepat and doctor bagi ubat untuk tahan contraction. bertahan a saya selama dua minggu di sini untuk menggenapkan 37 weeks usia baby nih. heeee.

okay. back to the topic..


masihkah ada cinta?? quite heavy kan. tak tau tibe-tibe dapat idea ni lepas berbincang dengan husband. its not directly related to anybody or perhaps u may say it as the current issue we face nowadays. what exactly i would like to highlight here is, adakah lagi cinta selepas berpuluh tahun dalam perkahwinan.


i encoutered seldom families yang still lagi ade perasaan kasih sayang yang dapat dizahirkan and bila kita tengok rasa seronok dan senang dengan keluarga tersebut. masih dalam keadaan damai dan harmoni walapun cucu dah meningkat dewasa. anak-anak sering berkunjung melawat ibu bapa and setiap kali family gathering nampak kesatuan antara ahli keluarga.. seronoknya..


tapi... bila pandang pada keluarga yang berlainan situasi.. bapa bertahan kerana rasa tanggungjawab dan sayangkan anak-anak. tapi cinta terhadap isteri?? bersabar kerana sudah lali? hurm.. isteri? terpaksa bersabar dengan sikap suami yang ada kalanya dingin apabila semakin menginjak usia. yang lebih mementingkan kerjaya dari keluarga. yang lebih mengejar cita-cita dari keharmonia rumah tangga. siapa yang harus dipersalahkan??? itu bukan persoalan yang wajar dilontarkan dalam kemelut permasalahan ini. peranan seorang suami untuk memandu keluarga ke arah keluarga harmoni. berlandaskan syariat Islam dan sunnah Rasulullah. itu yang sepatutnya menjadi asas untuk membina keluarga idaman. jika itu tidak diterapkan dalam membesarkan anak-anak dan membimbing isteri, maka boleh terjadi seperti putus tali ditengah jalan apabila masalah tiba...


sepatutnya, isteri dan suami seharusnya memainkan peranan penting dalam institusi kekeluargaan. kena perlu lebih saling memahami dan bertolak ansur. tidak hanya mementingkan diri dan menganggap diri lebih utama. berbincang secara damai sangat penting supaya persetujuaan dapat dicapai di akhirnya..


aku selalu berdoa supaya Allah panjangkan jodoh kami berdua dan setiap permasalahan menemui jalan penyelesaian. yang penting kami bersama kerana Allah dan mengikut setiap landasan Islam..

Amin...





No comments: