Assalamualaikum
Rasanya lame sangat dah aku tak update entry yang terbaru.
Bile baru nak bagi salam, kemudian terus save as a draft. Gitu la kisah
berulang setiap kali kalau aku baru nak start menaip. Now, being Random, shall
we? Aku slalu sangat hilang identity bila menaip. Hilang langkah dan kemudian
menjadikan aku terus out dr dunia sebenar sebagai watak asal. Kejap nak style
ini, kejap lagi kang nak yang itu plak. Dan yang kali ni??? Aku pun start la
balik mencari identity lama. Kononnya genuine. -_-
Tinggalkan soal genuine atau x, tapi kali ni memang edisi
random. Topic random tapi harap-harap entry dalam satu arah, tak la berterabur
akal orang lain bila membaca. Cerita bermula dengan A, tengah-tengah entry B
tapi penutup kisah AZ. Jauh melilau.
Nak bercakap tentang hal sendiri. Tapi berkaitan la dengan
orang lain. Mungkin? Tentang yang mana harus dijadikan iktibar, atau yang mana
harus menjadi ikutan. Entah, dalam keadaan hidup sekarang, yang mana aku
sekarang seorang isteri dan mak kepada insan lain, banyak perkara yang harus
ada dalam kepala sebelum tutup mata setiap malam. Pikiran tu boleh cakap, dalam
diam pun kau akan rasa macam ade je yang tak selesai buat atau nak kene buat
dengan cepat. Masa macam tak pernah cukup. Satu hari yang cepatnya la berjalan
pergi. Kira-kira pernah dalam satu minggu, aku cuma rasa yang aku hidup dalam 2
hari. Faham tak macam mana? Lagi 5 hari macam hanyut tak sedar ke mana dah.
Tapi ada sesetengah waktu yang aku tak sempat nak berpikir, aku dah terlelap
kepenatan.
Betul la kata orang-orang yang dah rasa garam lebih awal ni.
Ingat kerja suri rumah sepenuh masa mudah? Aku yang baru sebulan ni dah rasa
mcam patah pinggang, sakit belakang. Kerja aku pagi-pagi mengikut urutan sampai
la nak tidur malam:
Buat sarapan > kemas dapur > siapkan Umar lps abah dia
mandikan > susukan Umar > siap-siap untuk makan tgahri + lunch Umar >
masak > makan tghari + suapkan Umar > Zohor > kemas dapur balik + mop
lantai> reheat untuk makan ptg Umar > rehat skjap > kmas depan >
siapkan makan malam > kemas kemas
kemas kemas kemas…
Kesimpulannya aku tak pernah rasa rumah akan berkemas
walaupun 20 kali aku buat kerja yang sama. Lantai mmg sekejap sgt akan rasa
berminyak walaupun aku dah mop satu rumah. Dan aku paling tak tahan kalau aku
pijak lantai tapi rasa melekit or berminyak. Memang agak sakit jiwa, tapi aku
paksa jugak mop. Walaupun hari-hari. So Nampak mana tenaga aku hilang tak?
Belum lagi layan Umar main, ajar words, ajar alif ba ta. Umar pun now kuat sgt
susu, his growth spurt hitting back every month, jadi memang sentiasa kena
ready. Kene beli booster untuk aku supaya sentiasa ada super power and jarang
sakit or keletihan. tapi…. At the end of the day, kau rase seronok. Sebab,
sentiasa ade next to your baby, ada rumah untuk masak dan kemas, dan happy
tengok rumah bersih setiap hari. Seriously. Rasa paid off keletihan walaupun
kau yang buat semua. Plus lagi seronok kalau husband compliment every meal yang
kite prepare. Plus plus lagi, kalau anak habiskan makan. Hahahaha.
Itu hal seharian di rumah tentang kerja-kerja atas dunia.
Tapi… untuk yang jadi bekalan kat sana tu jugak boleh jadi satu isu yang
terbelenggu dalam hati, fikiran. Selalu doa supaya diberi sentiasa diberi
hidayah dan petunjuk. Supaya sentiasa di atas jalan yang diredhaiNya. Tapi bila
kadang-kadang dah penat sangat, solat automatic jadi tak fokus. Walaupun
sebelum niat dah ade azam untuk fokus, last last terbabas jugak fikiran ke
tempat lain. Kadang-kadang sampai lupa dah baca tahiyat awal atau tak. Dah teruk
sangat. Memang aku admit, aku banyak kali diuji bila setiap kali aku mulakan
hari dengan azam yang kuat untuk sentiasa solat awal dan khusyuk. Teruk sangat…
bila fikir balik, aku kene jugak stop automatic semua kerja, dan terus ambil
wudhu’ setiap kali lepas azan. Supaya ianya jadi tebiat. Pernah aku dengar
bahawa Sesiapa yang solat di awal waktu, dia sentiasa mempunyai waktu yang
cukup untuk perkara lain. Wallahualam. Tak salah aku, dengar tazkirah jugak ni.
Dan satu lagi, solat menggambarkan peribadi kehidupan seharian kita. Kalau
solat nak cepat dan taka da toma’ninah, ibarat kita sentiasa nak cepat dalam
sesuatu kerja dan kurang kualiti. Kalau kita sering lambat solat, bermaksud
kita sering siapkan kerja lebih waktu yang ditetapkan. Dan kalau kita lupa rakaat,
kita sememangnye tak fokus dalam kerja. Jadi aku selalu ade semua tu. Alangkah
teruk betul menjadi aku. -__-
Berazam supaya Allah dengar doa dan kabulkan permintaan aku.
Aku minta supaya aku sentiasa dalam lindunganNya termasuk la anak dan suami serta
keluarga ku. Supaya Islam tidak tertindas, supaya Melayu sedar diri, supaya
anak aku mendengar kata dan menjadi hafiz seperti yang slalu aku doa semasa
dalam kandungan lagi. Supaya Umar menjadi pejuang Islam yang
tegakkan agamanya. InshaAllah anak ini akan sentiasa menenangkan jiwa kedua ibu
bapanya dan menjadi contoh untuk adik beradik yang lain dan jugak umat lain.
Amin.
So, itu je ceritaa entry kali ni. terpanjangkan?
Selamat semua.
Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment